SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 13 October 2013

Titipan di sepanjang perjalanan...................

Hari ini hari ke 25 saya di bumi Sabah..................

Pantas masa berlalu..namun saya rasakan seperti sudah hampir bertahun saya di sini..walau hakikatnya..tidak begitu..masih banyak yang belum saya pelajari..masih banyak yang perlu saya terokai.....moga saya akan terus diberi peluang untuk meniti setiap hari dan perjalanan saya disini dengan izinNya....

Esok...14 Oktober 2013, bersamaan dengan 9 Zulhijjah..iaitu hari Wuquf di Arafah.....Ya Allah...saya fikir saya mampu melalui detik ini dengan tenang...namun..hati saya tidak mampu.....ini adalah kali pertama saya menyambut hari raya sendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga saya......seingat saya..saya hanya pernah 2kali menyambut hari raya aidiladha tanpa mak dan ayah disisi saya......iaitu pada tahun mak dan ayah mengerjakan haji di Mekah dan ketika saya dan kak teh terpaksa menyambut hari raya di K.L memandangkan cuti yang terlalu singkat.....tetapi..waktu itu saya bersama kakak dan abang dirumah untuk menyambut hari raya bersama....jadi...kali ini..pagi raya saya tiada lagi suasanan hiruk pikuk dirumah yang masing-masing sibuk bersiap sedia untuk ke masjid...dan saya sibuk menguruskan kerja-kerja rumah..menyediakan jubah dan serban putih untuk ayah...jubah dan telekung sembahyang untuk umi...................

tapi....kali ini...saya disini....saya tiada peluang untuk melakukan semua itu..kerana saya disini...terpaksa melalui detik ini kerana kesempitan keadaan kewangan yang menuntut saya berkorban kali ini....Ya Allah,...saya tak tahu bagaimana nak diberitahu rasa hati saya...saya sedar..apalah sangat ertinya pengorbanan saya ini berbanding pengorban
an Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang telah diuji lebih hebat kesabaran dan keimanan mereka......begitu juga pengorbanan mereka yang berada di perantauan kerana menuntut ilmu..termasuklah mereka yang keadaannya sama seperti saya dan juga mereka yang terpaksa berkorban kerana tugas dan tanggungjawab  diperbatasan....

hakikatnya..sayalah insan yang terlalu banyak menitiskan air mata ketika mengharungi perpisahan kali ini dalam episod hidup saya....walau saya tahu ada teman-teman baru disisi saya diwaktu ini..namun..ia tetap tidak dapat meredakan hibanya hati saya tika ini..

saya hanya mampu berdoa disetiap waktu agar hari ini segera berlalu....dan saya ingin menghadapi hari esok dengan tenang..........

Buat keluarga dan teman-teman..saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...semoga kita sama-sama dapat menghayati erti sebuah pengorbanan yang agung yang telah diajarkan pada kita dalam kisah perjalanan hidup insan-insan yang terpilih...........


ini adalah gambar kami sekeluarga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu...
Ya Allah...kau titipkanlah kasih sayang yang tidak goyah dan kemesraan yang tiada tolok bandingnya di dalam hati-hati kami..satukanlah hati kami dalam menghadapi segala ujian dan dugaan Mu...dan temukan semula kami diakhirat kelak sebagai sebuah keluarga yang bahagia lagi diredhai olehMu....

semoga kalian sentiasa dibawah lindungan dan limpahan rahmat dariNya..

No comments:

Post a Comment