SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday 23 September 2013

AFFANDI

Hari kelima saya di bumi Sabah….terasa bagai terlalu banyak perkara yang ingin saya catatkan disini..namun hari ini saya memilih untuk menulis mengenai Affandi....

Saya tak sempat untuk bertanya nama penuhnya…..Affandi bin?....esok kalau bertemu..saya akan bertanya…

Disebelah paginya, saya nampak Affandi berbaris bersama kawan-kawannya di dewan terbuka sebelum perhimpunan bermula..dari jauh saya dapat lihat baju sekolah Affandi berwarna kekuningan..mungkin kerana sudah terlalu lama digunakan setiap hari….saya sempat jugak mendengar ada guru yg menyoal Affandi..malangnya saya cuma dapat melihat situasi itu tanpa dapat mendengar apa yang disampaikan guru tersebut kepada Affandi..saya lihat Affandi hanya merenung kearah gurunya…dia hnya menjawab sekali sekala…saya nampak cikgu itu menunjuk kearah poket uniform Affandi..oh..rupa-rupanya Affandi tidak memakai lencana sekolah..dibajunya juga tiada tanda namanya sendiri…..pasti affandi disoal mengenai perkara tersebut..

Lebih kurang pukul 10 pagi..saya masuk ke bilik j-QAF bersebelahan perpustakaan dengan niat ingin melihat-lihat kalau-kalau ada apa-apa yang boleh saya lakukan memandangkan saya masih tiada meja dan tiada jadual yang diperuntukkan untuk saya buat sementara waktu..di bilik guru pula saya tengok masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan jadi saya tidak mahu mengganggu tumpuan mereka disana…tidak berapa lama saya disitu sekumpulan murid berlari-lari masuk ke bilik j-QAF…dengan pantas bau peluh yang ‘menyengat’ hinggap ke hidung saya..perrrgh..harum semerbak!!! Boleh pengsan begini…saya pandang muka setiap murid yang masuk baik yang lelaki ataupun perempuan…terkeluar soalan dimulut saya…

”kamu dari mana?”

“kenapa berpeluh begini?”

Mereka tidak  menjawab soalan saya..takut dimarahi agaknya….masing-masing cuma menjawab dengan cungapan kepenatan sambil ada yang tersengih-sengih sesama mereka….sejurus itu saya melihat Affandi masuk dan dia duduk di meja berhadapan saya sambil matanya tidak berkedip memandang tepat kearah  saya (macam Nampak princess Dayana pulak..hehe..terlebih chomel agaknya..) ..saya jugak begitu…merenung Affandi...(wah..mcm adegan dalam citer Hindustan..) mata Affandi sepet sedikit..orangnya putih..(sabahan)..fizikal Affandi kecil sahaja…lantas saya memanggil..

”kamu…sini kejap..”sambil menunjuk kearah tempat berdekatan dengan saya..Affandi menurut..dia datang dan duduk disebelah saya tanpa mengalihkan sedikitpun pandangan matanya dari saya..

Saya pegang bahu Affandi…

”siapa nama kamu?”

Affandi tercengang2..terlintas dihati saya..murid ni tak faham bahasa melayukah?alamak…nak tanye mcm mne ni..saya ulang lagi soalan saya…

”sape name kamu?”..kali ni Affandi menjawab…
saya bertanya lagi..

”kamu dari mana?”

”main”

“dimana kamu main?”

”diluar” sepatah-sepatah Affandi menjawab soalan saya..pendiam agaknya murid ini…ataupun masih malu berhadapan dengan ustazah baru yang comel ni…J

“dengan siapa kamu main tadi?”

kali ni soalan saya tidak berjawab….saya sentuh bahu Affandi….terasa sebak dihati saya..tak tahu kenapa…saya berkata lagi…

”baju kamu kotor sangat…tak takut mamak  marah ke?” (bukan mamak yang buat roti canai ye..tapi itu sebutan panggilan mak yang selalu sy dengar sejak tiba di bumi Sabah ini)

Affandi menggeleng…terus saya berpesan…

”balik nanti bagi mamak basuh ye..besok nak pakai lagi baju ni..nanti kamu jatuh sakit sebab ade kuman..”

Affandi Cuma mengangguk..saya tak pasti Affandi faham atau tidak….

Saya terasa seperti ada sesuatu yang mesti saya tahu tentang Affandi..lantas saya bertanya..

“kamu ada abang?”

“ada” jawab Affandi

“Dimana”

“diatas”..(atas merujuk kepada bangunan utama sekolah yang berada dipuncak bukit)

“tahun berapa?”

“lima”

“kamu ada kakak?”

“ada”

“tahun berapa?”…Affandi terdiam..saya menyambung..

“kakak kamu dimana?”

“dirumah”

“buat apa dirumah?tak sekolah?”

“tidak..jaga adik”

“adik kamu berapa orang?”

“tiga”..ini bermakna Affandi mempunyai 6 orang adik beradik. Saya bertanya lagi..

“ayah kamu kerja apa?”

“buat rumah”

“ibu kamu kerja apa?”

“cuci baju”

 mendengar jawapan Affandi...terus terlintas dihati saya..si ibu bekerja mencuci baju..masakan baju anaknya begitu kotor..mungkin terlalu sibuk atau dia tidak pernah ambil pusing..sebab, semasa saya berbual dengan Affandi..saya memegang belakang badannya dan saya dapat lihat..bajunya kedut seribu..seperti tidak langsung diseterika….kasihan anak ini….tak kan dia mampu mengurus sendiri keperluan dirinya sedangkan dia masih kanak-kanak yang memerlukan penjagaan kedua orang tuanya..sesi soal jawab saya dengan Affandi terhenti disitu..

Sebentar  kemudian..seorang ustazah.anak kelahiran sabah berketurunan kadazan yang juga merupakan guru j-QAF disini melintas dibelakang saya…saya mencuitnya dan berbisik..

“kak..murid ni memang selalu macam ni ke?kotor sangat bajunye..”

Dia tersenyum sambil menjawab..”inilah murid yang saya katakan tadi..”..terus saya berfikir..murid yang mana?siapa?kenapa?mengapa?..macam-macam soalan terlintas difikiran..perbualan yang mana satu maksud Ustazah tersebut kerana terlalu banyak perkara yang sudah kami bualkan walaupun baru 2 hari kami bersama…lantas saya teringat perbualan kami sebelum ini…

Perbualan saya dengannya sebelum ini berkaitan dengan agama dan cara hidup masyarakat setempat terutama disekitar daerah ink..berkaitan dengan perihal keadaan disekolah, saya bertanya bagaimana caranya untuk saya mengenal pasti murid Islam disekolah ini kerana saya keliru melihat murid yang memakai tanda nama seperti bukan Islam tetapi murid tersebut memakai tudung..ini bermakna murid tersebut Islam (bagi murid perempuan)..Dia memberitahu bahawa kebanyakan murid Islam disini mengenakan tudung….tidak ramai yang tidak memakainya…bagaimana pula dengan murid lelaki?tak kan murid perlu memakai songkok atau kopiah untuk membezakan murid yang Islam dan bukan..Ustazah Azlinah menasihati saya supaya memerhatikan pembawakan murid tersebut ketika berhadapan atau berselisih dengan guru bagi membezakan antara yang beragama Islam dan bukan..sekiranya dia mengucapkan “Assalamualaikum ustazah..” maka dia adalah murid Islam..sekiranya dia mengucapkan “salam sejahtera cikgu” maka dia adalah murid bukan Islam..rupa-rupanya mereka telah didik sebegitu…ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku dan memudahkan guru mengenalpasti hal tersebut.…

Selesai perbincangan mengenai hal itu..Ustazah Azlinah turut menasihati saya supaya tidak terperanjat kerana terdapat murid yang abangnya beragama kristian dan adiknya beragama Islam..saya bertanya..ibu bapanya bagaimana?tidak sama agama? lantas mereka masih tinggal bersama? Ustazah Azlinah tersenyum..itulah perkara serius yang berlaku dikalangan masyarakat di sini…biarpun pasangan suami isteri tersebut berlainan agama, namun mereka masih tinggal bersama dan menjalani hidup sebagai suami isteri yang lain seperti tiada sebarang perbezaan dan jurang yang memisahkan mereka…

Saya teringat semula…kata-kata Ustazah Azlinah sebentar tadi..”inilah murid yang saya katakan tadi..” ini bermakna (merujuk kepada perbualan saya dan Affandi sebelum ini)…Affandi mempunyai abang di tahun 5 yang beragama kristian dan Affandi di tahun 2 dan beragama Islam..ibunya beragama kristian dan ayahnya beragama Islam…saya kebingungan seketika..kerana..jika disemenanjung, sukar untuk saya menemui situasi begini dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya dan menyelesaikannya?kerana perkara ini serius,,…Astaghfirullahalazim…astaghfirullahalazim..lantas saya beristighfar didalam hati…Ya Allah..Kau berikan lah petunjuk kepada kami..kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami..Kasihanilah kami Ya Allah…jangan biarkan kami terus berada dalam kesesatan yang nyata Ya Allah..

Sepanjang 1 jam kelas berlangsung..saya mencuri-curi merenung Affandi..dia gigih belajar mengenal alif ba ta..saya cuba menguji…Affandi hanya mengenal huruf alif hingga jim sahaja..saya bertambah sebak…Ya Allah..lapangkanlah hati anak kecil ini..dia g gigih mempelajari ilmu kalamMu iaitu AL-Quran  Ya Allah…………………..

Begitulah kisah pertemuan saya dan Affandi hari ini…masih ada perkara yang ingin saya ceritakan,..tetapi mata saya sudah kepenatan..kerana rasanya kondisi badan saya sudah menerima perubahan kitaran masa yang sedikit lebih awal dari semenanjung…jam 9.30 malam sudah dirasakan terlalu lewat dan saya perlu segera merehatkan mata…kerana jam 4 pagi saya perlu bangun dan bersiap sedia menunggu ‘pak supir’ (pemandu prebet sapu..hehe..saye dah ade ‘driver’ sekarang..jangan jeles....:)..



Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Affandi dan murid yang lain esok…sekian…….9.58mlm
inilah dia Affandi...sempat saya curi-curi 'menyenap gambar ni semasa Affandi gigih menyebut satu persatu huruf didalam Iqra'nya

No comments:

Post a Comment